![]() |
|||||
JEJAK MELAYU Syair Rakis
|
|||||
|
SYAIR RAKIS
Bismillah itu mula karangan Kisah rencana dagangan buangan Digunung larangan asmara guna Segenap desa pantai saujana Membawa nasib untung sendiri Masuk segenap desa dan negeri Seperti burung lepas tangkapan Bunga dan buah tiada larangan Sebut namaku dagangan asmara Bercerai dengan sanak saudara Namaku Misa Panji Larangan Sekarang sudah buanga-buangan ----@@@---- Kompeni itu sangat kuasa Laksana dewa dari angkasa Suku dan rial sangat perkasa Dihurainya ringgit dan laksa. Pulau Labuan diminta segera Akan jalan tiang bendera Disana tempat berkita-kira Dari Sarawak ke Singapura Dagang tercengang mendengarkan titah Hati didalam sangat gelabah Labuan itu bukannya mudah Alamat negeri dibawah perintah Tuanku baik fikir sedikit Supaya tahu nyaman dan sakit Dengan Inggeris sudah berkait Marikan lagi datang memipit. Negeri tuanku sangat mashyur Cina dan Keling kedai teratur Bermacam jenis ada terhambur Disanalah kelak memberi gugur Mesyurarat dengan ceteria menteri Seta iman, khatib dan haji Supaya masyhur khabar zamani Itu pun tiada dagang rundingkan Janku dahulu kepada bilangan Fikir baharu baik carikan Akan menjadi kira dan angan. Rakis kedelapan karangan cukup Laksana berjalan tiada terikut Pandai melangkah duri dan ramput Sedikit tiada menyangkut Rakis pertama mula disurat Dengkil dalil negeri dagang melihat Sebarang negeri dagang melihat Berbuat sekolah tempat mesyuarat Ayuhai nasib apakan jadi Hendak mengajar tiada berani Tetaou zaman datuk nenek Khabarnya konon memutar negeri Nasib sangat badan terlalu Laksana unggas tercabut bulu Hendak berkata lidah pun kelu Lain kupandang masa dahulu Hairanku handai melihat tukang Unggas Nuri menjadi enggang Hairanku sangat terbalik-balik Negeri yang besar seperti bilik Udang galah jadi cecudik Harimau yang garang dapat dimilik Sudah kehendak Tuhan yang kaya Gunung yang tinggi menjadi paya Pari menjadi kura-kura Bingkarung sudah jadi buaya Hairanlah dagang ajaib pula Kehendak Tuhan Azzawajalla Seekor naga tujuhnya cula Sekarang menjadi ikan tempala Nasib tak boleh dikenang lagi Janji dahulu sudah terbahagi Unggas tempadu dengan meragi Jadi geruda di Pauh Janggi Astaghfirullah hairanku sangat Air dilaut tiada hangat Seluang dihulu pandai menyangat Sumbilang di laut terlompat-lompat Inilah kehendak Tuhan yang Maabud Besi melaila menjadi umbut Unggas dihutan menjadi bubut Tiadalah boleh mengatakan maksud Ajaib sekali aku memandang Jujum yang sakit tiada terbilang Burung nuri mejadi bebalang Nyamuk kecil menjadi helang Itulah kehendak Tuhan semesta Gunung yang tinggi menjadi rata Lain menjadi miskin peminta Nampak dipandang dengan nya kita . |
||||||||||
|
:: PENGENALAN :: Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Brunei sejak ia mula tersebar dan ianya merupakan
hasil karya Pg. Shahbandar Mohd Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca
oleh Sultan Abdul Momin bahkan disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai sebagai bacaan yang istimewa di masa
itu. Tarikh Syair Rakis dikarang pada sekitar TM18. Terhasilnya Syair Rakis in adalah kerana adanya rasa kesedaran Pg Shahbandar Mohd Salleh atas perubahan
terhadap negeri Brunei yang telah menunjukkan kemunduran yang akan berlaku ke atas Negeri Brunei (Hj. Jamil Al-Sufri ) Abad ke 19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Brunei
ke tangan Inggeris. Pada saat inilah juga cendekiawan Brunei Pengiran Shahbandar
Pengiran Mohd Salleh mencipta sebuah syair yang menimbulkan berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri terkorban. Pengiran Mohd. Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang ke Brunei dari
Mukah yakni tempat beliau membawa diri. Sesampainya ke Brunei dipersembahkanya
Syair Rakis kepada Sultan sebagai buah tangan. Syair Rakis telah menimbulkan perbagai tafsiran oleh pengakaji sastera dan sejarah. Walaupun karya ini berbentuk lama yakni Syair tetapi isinya mempunyai wawasan dan
pandangan terus terang yang sekali gus mencerminkan satu transisi kemodenan. Wawasan
atau pandangan atau nasihat yang terdapat dalam syair terhadap bangsanya sendiri termasuklah politik, eknomi, pendidikan dan
sosialbudaya di Brunei ketika itu. Badaruddin Haji Othman menganggap Syair Rakis kaya Pengiran ini sebagai dokumentasi sejarah
yang paling penting yang mencatatkan satu gambaran yang lampau yang telah menjadi titik tolak dalam percaturan sosial politik
negara Brunei (Pulau Broneo dalam hubungan dengan kekuasaan Inggeris (1967. Tetapi, yang paling menarik mengenai syair ini ialah penempatannya sebagai titik tolak
pemisah antara satera lama dengan moden sehingga ada yang mengusulkan Pengiran Mohd Salleh diangat sebagai BAPA KESUSASTERAN
MELAYU MODEN dengan alasan-alasan tertentu mereka. .Dalam bidang kesusteraan, pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh merupakan pembaru
dengan karya tunggalnya syair Rakis. Gaya penulisan dan idea-idea yang terkandung
dalam syair ini merupakan aspek pembaruan yang dilahirkannya. Karya tunggal beliau
ini tidak lagi menceritakan kisah-kisah khayal atau kisah puter puteri raja yang tiada cacatnya, sebaliknya apa yang disembahkanya
adalah kisah yang lebih realistik dan kemanusiaan. Kisah itu lebih menyentuh
soal-soal sosialpolitik dan sosial ekonomi demi kebaikan negaranya.(Haji Hashim, 1993). Apa pun pendapat tentang Syair Rakis karya pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh baik
dari sudut sejarah mahupun sasteranya namum jelas bahawa fungsi satera selain menghibur ia juga dapat menjadi cerminan sesautu
bangsa pada zaman yang lampau. Ini bertepatan dengan menjadi cermin bangsa tersebut. Dlam sastera terolah berbagai-bagai ragam manusia dengan catatan hidupnya terutama
mengenai peristiwa suka duka masyarakat Melayu. (Muhammad Abd. Latif, 1980. ::RIWAYAT HIDUP PENYAIR :: Pengiran Shahbandar Mohd Salleh merupakan seorang keluarga diraja Brunei yang hidup diantara
akhir KM18 hingga KM19. Ayahandanya bernama Sultan Abdul Mubin Pengiran Sharmayuda
ibnu Pengiran Indera mahkota ibnu Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Temenggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubi (Sultan ke-XIV). Beliau adalah salah seorang daripada golongan diraja yang terpelajar. Menurut riwayat beliau bersekolah di Betawi dan melanjutkan pelajarannya ke Negeri Belanda. Gelaran Pg. Shahbandar telah dianugerahkan kepada beliau oleh
Sultan Abdul Momin diatas kebijaksanaan beliau. Lebih kurang pada TM 1820 ketika
pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul, Pg. Md. Salleh telah dipanggil balik ke Brunei oleh baginda Sultan dan diberi gelaran
Pg Indera Mahkota kerana kebijaksananya. Pada TM 1827 Pg Shahbandar Mohd Salleh
diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak. Dan pada tahun 1834 Pg.Muda Hashim ibnu Sultan Muhammad Kanzul alam telah berangkat ke
Sarawak untuk memerhatikan keadaan Sarawak tetapi kehadirannya telah menyebabkan berlaku perselisihan faham dng Pg. Md. Salleh.
Pada masa Pg Muda Hashim berada di Sarawak dalam TM1839, belaiu telah berkenalan dengan
James Brooke iaitu seorang Inggeris yang datang ke Sarawak untuk berniaga dan mencari ruang untuk berkuasa di sana. Dengan kepintaran dan tipu muslihatnya memanipulasikan perbbalahan diantara Pg. Shahbandar Md. Salleh dengan
Pg. Muda Hashim sehingga james Brooke berjaya membuat perjanjian dengan Pg. Muda Hashim untuk berkuasa di Sarawak dalam TM
1841. Pada TM1842 James Brooke telah mengahadap Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih
lagi dan perjanjian pun dibuat diantara mereka dengan menjadikan James Brooke menjadi Raja Sarawak. Selepas perlantikan James Brook itu Pg. Shahbandar Md Salleh pun mengundur diri dari Sarawak dan bermastautin
di Mukah. Melalui Pg. Anak Abdul Momin atas nama Sultan Omar Ali Saifuddin II
telah memanggil Pg. Md. Salleh untuk membetulkan keadaan yang telah kacau bilau. Pengiran
Salleh telah bertemu Sultan dan memberi 12 Syair sebagai hadiah dan Syair tersebut telah menyebabkan kegelisahan dikalangan
kerabat diraja dan akhirnya pada TM 1858 Pg Mohd Salleh telah dibunuh dng satu pembunuhan terancang yang diaturkan oleh Pg
Digodang Pg Anak Muhammad Hasan ibnu Pg Anak Tajuddin . |
||||||||||
|
::KANDUNGAN SYAIR RAKIS :: Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Mohd Salleh ini mengandungi 12
Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau karang itu mengandungi segala
hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan negaranya, terdapat beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan peringatan
kepada Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya pada ketika itu.
Apa yang dikemukan oleh beliau didalm Syair Rakisnya sememangnya berkaitan dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi,
pendidikan dan agama negara Brunei ketika itu. Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi maklumat yang berhubung dengan
keadaan politik dan juga corak pemerintahan dinegeri-negeri lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada sultan
agar sentiasa membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat sebelum membuat keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan
wilayah Brunei, mengawasi kegiatan orang asing dan kehadiran orang-orang Inggeris. Selain
itu beliau terus menyedarkan anak bangsanya mengenai keburukan dan niat tidak baik di kalangan orang-orang Barat terhad Brunei
dengan menyedarkan kepada pempin dan rakyat Brunei agar berhati-hati terhadap pihak Inggeris.
Beliau juga mengingatkan kepada Sulatan Omar Ali Saifuddin II supaya memikirkan semua mengenai janji yang dibuat dengan
pihak Inggeris dahulu, jika baginda terus berpegang pada janji itu tentulah Brunei akan mendapat kerugian kelak. Beliau tidak ragu mengenai kesenangan dan kesusahan yang akan diterima setelah bersahabat dengan Inggeris
ini kerana orang Inggeris pandai menggunakan tipu muslihat secara perlahan dan licin.
Pg Shahbandar juga ingin mengingatkan kepada pemerintah Brunei agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan
tidak terlalu mementingkan wang ringgit sahaja sehigga tanggungjawab terhadap bangsa dan negara sendiri terabai. (Awang Aji bin Hj Hamda, 1990). Di dalam syair yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Md. Salleh itu terdapat juga maklumat
yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei. Belaiu menyeru Sultan Omar Ali
Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir mengenai sikap orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan
juga akan berputar belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan
hati beliau adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan Negeri Brunei kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan
yang strategik bukan sahaja dalam bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi Brunei. Dengan penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan tergugat tiak hanya wilayahnya
hilang malahan juga membolehkan pihak British menguatkan angkatan tenteranya. Brunei
juga akan kehilangan sebuah pulau yang berharga terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan pedanga-pedagang
luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan. Belaiu mencadangkan kepada
pihak Kesulatanan Brunei suapa mengambil langkah yang wajar dalam menangani masalah penyerahan Pulau labuan dengan mencadangkan
supaya Sultan Omar Ali Saifuddin II berunding dan bermuafakat untuk mendapatkan keputusan yang bersepadu. Pg. Shahbandar Md. Salleh mengingatkan bahawa persahabatan Brunei dengan pihak Britih
tidak boleh menjamin keselamtan wilayah Brunei sepenuhnya, ini disebabkan mereka berminat bersahabat dengan Brunei untuk kepentingan
perniagaan dan perluasaan tanah jajahan mereka. Beliau tetap mengingatkan mengenai
kegiatan mereka seharusnya sentiasa diawasi dan diperhatikan termasuklah peniaga berbangsa lain khasnya Cina dan Keling dengan
menyarankan agar jangan dibiarkan mereka berniaga tanpa kawalan dan sekatan tertentu. Selain itu, dalan syirnya ada juga soal pendidiakn yang beliau kemukan kerana beliau juga
telah menyedari akan nasib bangsanya yang serba kekurangandan memberikan cadangan untuk membangunkan sekolah sebagai asa kemajuan
negara. Terdapat juga soal agama yang dikemukakan oleh Pg Md. Salleh, dengan mengingatkan agar
segala perkara yang dilakukan hendaknya dijalankan mengikut pegangan terhadap ajaran Islam dan akidah Islam. Selain itu belaiu juga mengingatkan kepada pembesar-pembesar negara yang menjalankan syarak itu menjalinkan
kerjasama yang erat diantara yang lain agar dapat memelihara keutuhan agama, kekuatan umat, bangsa dan negara. Dari huraian diatas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Pg.
Shahbandar Md. Salleh mempunyai pandangan yang jauh. Belaiu dapat menyelami
niat bangsa-bangsa lain yang datang ke Brunei. Ramalan-ramalan belaiu sendiri
berlaku dan menjadi kenyataan selepas beliau mangkat satu demi satu wilayah Brunei terhakis dan terlepas dari genggaman Brunei
untuk terus mengekalkan wilayah-wilayah Brunei yang masih ada dan jangan dibiarkan hilang dan dirampas sekali lagi dan sesuka
hati oleh Britih. Kesan dari kerakusan James Brooke itu telah menyebabkan Negeri
Brunei menjadi sebuah negeri yang dahulunya sebagai sebuah empayar yang besar dan kuat kini menjadi sangat kecil. Perkara ini disebut oleh Pg. Shahbandar Mod Salleh dalam Rakisnya. Selain itu Pg. Shahbandar Md. Salleh juga melihat betapa pentingnya perjalanan ekonomi,
pendidikan dan juga kecenderungannya kepada agama. |
||||||||||
|
:: PENDAPAT PERIBADI DARI
LELASARI :: Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing
lagi kepada masyarakat Brunei sejak ia mula tersebar dan ia merupakan hasil karya Pg. Shahbandar Md. Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca oleh Sultan Abdul Momin bahkan para pembesar dan rakyat jelata
sebagai bacaan yang istimewa dalam masa itu. Mungkin tidak
ramai diantara kita di Malaysia yang mengenali dan mengkaji penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Md. Saleh. Syair ini dikarang pada kurun ke 19 yang mengandungi nasihat & teguran & peringatan
beliau kepada Sultan Brunei, pembesar istana , rakyatnya dan amnya seluruh bangsa melayu. Pada abad ke 19- merupakan zaman yang amat menyedihkan
kerana hampir pupus semua wilayah Brunei ke tangan Britih dan cendekiawan ini
mencipta sebuah syair yang menimbulkan kekecohan dikalangan istana dan pembesar sehingga nyawanya sendiri terkoran. Baginda adalah ahli kerabat Diraja Brunei yang hidup
diantara akhir KM18 sehingga KM19. Ayahandanya bernama Pg. Sharmayuda ibnu Pg.
Indera Mahkota ibnu Pg. Abdul Rahman ibnu Pg. Temanggong Sakula ibnu Sultan Abdul Mubin (Sultan Ke-XIV). Baginda adalah diantara keluarga diraja yang terpelajar dimana beliau mendapat pendidikan awal di Betawi
dan kemudianya ke Belanda. Kerana kebijaksanan beliau, baginda sultan meanugerakan
gelaran Panglima Shahbandar dan pada 1827 diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak. Akan
tetapi kehadirannya telah menyebabkan berlaku- salah faham dng Pg. Muda Hashim dan Pg. Muda Hashim telah meminta pertolongan
dengan James Brook . Akhirnya dng kepandaian James Brook dapat menguasai Sarawak
pada tahun 1841. Pg. Shahbandar pun mengundur diri dari Sarawak dan
mengasingkan diri baginda di Mukah. Keadaan di Pulau Broneo ketika itu
semakin gawat dan sedikit demi sedikit diambil alih oleh Britih sehingga Sultan
memujuk Pg. Saleh pulang keistana untuk membetulkan keadaan. Diketika itulah syair ini dipersembahkan kepada raja & beliau disayangi oleh raja & rakyat akan
tetapi digeruni oleh rakan & lawan. Oleh kerana itulah 1858 beliau dibunuh
oleh Pg. Digadong Pg. Anak Muhammad Hasan ibnu Pg. Anak Tajuddin. |
||||||||||